Categories: Terkini

PERADUAN MENULIS PUISI ALAM KREATIF 2023

Peraduan Menulis Puisi Alam Kreatif

Peraduan Menulis Puisi Alam Kreatif tahunan kami kembali untuk tahun ke-4! Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM250 dan sebuah paparan puisi anda pada dinding kami!

Merdeka dan Hari Malaysia semakin hampir, apa yang lebih memberi inspirasi daripada mencipta sebuah puisi untuk menaikkan semangat patriotik anda? Tema unik untuk tahun ini ialah β€œBanjaran” / β€œSierra”.

Untuk menyertai pertandingan atas talian ini, sila rujuk poster yang disediakan.

Dua pemenang (Satu daripada setiap kategori umur) akan menerima hadiah wang tunai, gambar paparan puisi mereka serta sijil rasmi pencapaian yang akan dihantar ke alamat rumah masing-masing.

Paling penting, puisi yang terpilih akan dicetak dan dipaparkan bersebelahan mural bertema β€œMalaysia Kita” oleh artis tempatan Azizan Said pada dinding Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

KATEGORI

– Kanak-kanak: 7 hingga 12 tahun

– Remaja: 13 hingga 17 tahun

Terbuka kepada semua kanak-kanak Malaysia

PANDUAN

1. Tulis sebuah puisi 4 baris bertema β€œBanjaran”/”Sierra”.

– Tiada had perkataan tetapi puisi hanya terhad kepada 4 baris sahaja.

– Puisi yang melebihi dari 4 baris akan dibatalkan secara automatik.

– Tip: Sila elakkan kandungan yang berkaitan dengan politik atau mendiskriminasi mana-mana kumpulan atau individu kerana pertandingan ini memberi fokus kepada kehebatan Malaysia sebagai sebuah negara.

2. Semak draf anda dan pastikan tiada kesalahan ejaan.

3. Kirimkan puisi anda melalui borang google ini:

https://bit.ly/akpoemcontest2023

BUTIRAN PERADUAN

– Tempoh peraduan: 5 Julai – 17 September 2023 (12:00 Tengah Hari)

– Pengumuman keputusan: 22 September 2023

Puisi pemenang dijangka akan dipaparkan pada penghujung Oktober 2023.

Jadi apa tunggu lagi?

#JomKreatif!

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago