Bersempena dengan sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) akan menganjurkan Sayembara Menulis Cerpen bertemakan “Perpaduan Teras Keharmonian”.
Ayuh warga negeri Kedah jangan lepaskan peluang ini, serlahkan bakat anda melalui penulisan cerpen. Sila imbas kod QR yang tertera dalam poster untuk borang dan syarat penyertaan selanjutnya.
Hadiah menarik dengan nilai istimewa bakal menanti para pemenang.