Bersempena dengan sambutan International Mother Earth Day 2024 (Earth Day 2024), Econinja akan menganjurkan Econinja Earth Day Week dengan 3 Aktiviti Utama iaitu :
1. Econinja #WorldAmbassador Tik-Tok & Instagram Challenge
2. Econinja #KuizKesedaranAlamSekitar Earth Day
3. Econinja #MissionCleanUpProgram
Berikut merupakan sinopsis awal Program untuk tujuan perancangan & perlaksanaan Team Econinja di lokasi masing-masing :
#WorldAmbassador Tik-Tok & Instagram Challenge
Peserta akan membuat video pendek (10 saat – 20 saat) bertemakan Earth Day/ Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar dan memuatnaik di SocMed individu (Tik-Tok atau Instagram) dengan hashtag #econinja dan mentioned @econinjamy. Hadiah disediakan untuk Like & Reach tertinggi. Maklumat lanjut akan diumumkan.
#KuizKesedaranAlamSekitar Earth Day
Peserta akan mengikuti Kuiz ini yang akan dibuka link tanpa had tidak terhad selama 7 hari bagi capaian yang lebih meluas. Pencapaian akan direkodkan bagi tujuan kegunaan PAJSK atau Organisasi.
Econinja #MissionCleanUpProgram
Peserta digalakkan untuk menganjurkan program Clean-Up secara berkumpulan dengan mendaftarkan program tersebut di Econinja (bagi tujuan rekod di earthday.org). Program Clean-Up adalah tidak terhad dan bebas dianjurkan di mana-mana lokasi awal (seperti sekolah, taman rekreasi, sungai, pantai dan sebagainya). eSijil akan disediakan oleh Econinja melalui pendaftaran. Khas : Logo Sekolah/Organisasi akan dimasukkan di dalam sijil yang akan dihantar pada peserta. (Satu Sekolah/Organisasi – Satu Akaun). Maklumat lanjut akan diumumkan kelak.
Terdapat 3 rekabentuk eSijil yang berbeza, mengikut design rasmi earthday.org yang dikhaskan untuk 3 jenis aktiviti yang dianjurkan + Sijil Khas Champion (Best 5) untuk Negeri-negeri.
Mohon untuk Kongsikan Maklumat ini dan boleh mula berbincang dengan rakan-rakan penganjuran atau organisasi terlibat bagi kita memberikan sedikit sumbangan sebagai hadiah kita kepada Planet Bumi ini. Jom! Sharekan dan Mari Kita Bersama-sama berganding bahu demi Bumi ini. #econinja