Categories: Terkini

Pertandingan Mencipta Logo Duta Perpaduan Yayasan Sukarelawan Siswa

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) adalah sebuah entiti milik penuh kerajaan Malaysia di bawah
Kementerian Perpaduan Negara. YSS dilancarkan pada tahun 2012 melalui Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) yang dulu dikenali sebagai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan telah
dipindahkan fungsi ke Kementerian Perpaduan Negara pada 3 Disember 2022. YSS komited untuk
membudayakan kesukarelawanan melalui perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat
Malaysia.

Tema ‘Kesukarelawanan Tunjang Perpaduan’, mencerminkan aspirasi YSS dalam membangunkan
mahasiswa yang holistik dan seimbang yang sentiasa bermotivasi untuk melibatkan diri dalam
aktiviti kesukarelawan untuk kebaikan sejagat. YSS juga berhasrat melahirkan belia yang prihatin,
bertanggungjawab dan empati terhadap isu kemanusiaan domestik dan global.

HADIAH PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO

  1. Hadiah Utama akan menerima wang tunai RM3,000.00
    (RINGGIT MALAYSIA: TIGA RIBU SAHAJA) dan sijil penyertaan.
  2. Lima (5) hadiah saguhati bernilai RM200.00
    (RINGGIT MALAYSIA: DUA RATUS SAHAJA) setiap seorang dan sijil penyertaan.

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  1. Budaya Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak (Warganegara
    Malaysia dan Luar Negara).
  2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya
    satu logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang. Sekiranya peserta menghantar lebih
    daripada 1 karya, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
  3. Semua logo ciptaan peserta yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Duta
    Perpaduan akan menjadi hak milik Yayasan Sukarelawan Siswa sepenuhnya dan peserta
    tiada hak ke atas logo tersebut selepas pertandingan.
  4. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
  5. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan dan di
    emelkan kepada ukk@sukarelawansiswa.my.

Jom sertai Pertandingan Mencipta Logo Duta Perpaduan Yayasan Sukarelawan Siswa

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 April 2024

Muat Turun Syarat-syarat Penuh Penyertaan : bit.ly/LogoDutaPerpaduan

#PertandinganLogo#DutaPerpaduan#YSS12#YSS#KPN

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago