Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) adalah sebuah entiti milik penuh kerajaan Malaysia di bawah
Kementerian Perpaduan Negara. YSS dilancarkan pada tahun 2012 melalui Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) yang dulu dikenali sebagai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan telah
dipindahkan fungsi ke Kementerian Perpaduan Negara pada 3 Disember 2022. YSS komited untuk
membudayakan kesukarelawanan melalui perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Tema ‘Kesukarelawanan Tunjang Perpaduan’, mencerminkan aspirasi YSS dalam membangunkan
mahasiswa yang holistik dan seimbang yang sentiasa bermotivasi untuk melibatkan diri dalam
aktiviti kesukarelawan untuk kebaikan sejagat. YSS juga berhasrat melahirkan belia yang prihatin,
bertanggungjawab dan empati terhadap isu kemanusiaan domestik dan global.
HADIAH PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO
- Hadiah Utama akan menerima wang tunai RM3,000.00
(RINGGIT MALAYSIA: TIGA RIBU SAHAJA) dan sijil penyertaan. - Lima (5) hadiah saguhati bernilai RM200.00
(RINGGIT MALAYSIA: DUA RATUS SAHAJA) setiap seorang dan sijil penyertaan.
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Budaya Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak (Warganegara
Malaysia dan Luar Negara). - Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya
satu logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang. Sekiranya peserta menghantar lebih
daripada 1 karya, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. - Semua logo ciptaan peserta yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Duta
Perpaduan akan menjadi hak milik Yayasan Sukarelawan Siswa sepenuhnya dan peserta
tiada hak ke atas logo tersebut selepas pertandingan. - Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
- Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan dan di
emelkan kepada ukk@sukarelawansiswa.my.
Jom sertai Pertandingan Mencipta Logo Duta Perpaduan Yayasan Sukarelawan Siswa
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 April 2024
Muat Turun Syarat-syarat Penuh Penyertaan : bit.ly/LogoDutaPerpaduan