Kini tibalah masanya anda menunjukkan bakat anda dengan menyertai Pertandingan Melukis sempena program Semarak Seni @ Muzium Melaka.

Terdapat tiga (3) kategori dipertandingkan iaitu :

✅ Kategori Pelajar Sekolah

✅ Kategori Pelajar IPTA/ IPTS

✅ Kategori Terbuka

Pertandingan akan diadakan pada :

Tarikh : 17 & 18 Februari 2024
Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Muzium Sejarah & Etnografi (Bangunan Stadthuys)

Untuk makluman lanjut sila rujuk pada poster yang dilampirkan.

Pendaftaran boleh dibuat di borang seperti di bawah :

https://docs.google.com/…/1kggYZqqgPco6vtGi7IZN…/edit…

Semua lukisan yang memenangi pertandingan akan dipamerkan di Galeri Seni Rakyat selama sebulan dan akan dikembalikan semula kepada pemilik. SEMUA LUKISAN ADALAH MILIK PESERTA.

Email : admin@perzim.gov.my
Website : www.perzim.gov.my
Facebook Page : Muzium & Galeri Melaka

Leave a Reply