Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Bahagian Hal Ehwal Pelajar menganjurkan program Semarak Tulisan JAWI peringkat UiTM Shah Alam.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga UiTM akan kepentingan Tulisan Jawi yang merupakan sebahagian daripada warisan dan identiti budaya Melayu-Islam. Warisan tulisan Jawi ini seharusnya dipelihara kelestariannya agar dapat diwarisi oleh generasi yang seterusnya.
Sementara itu juga program ini dapat memupuk jati diri masyarakat Melayu-Islam dengan memberikan maklumat berhubung sejarah perkembangan tulisan Jawi di Tanah Melayu. Melalui perkembangan tulisan Jawi ini sistem pendidikan awal di Tanah Melayu bermula dan budaya Melayu-Islam telah terbentuk.
Program Semarak Tulisan JAWI UiTM 2024 akan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti di bawah untuk disertai oleh warga UiTM (Pelajar dan Staf):
Sasaran Program:
– Melestarikan dan mengekalkan tradisi budaya bangsa melalui tulisan Jawi dalam kalangan warga UiTM .
– Menampilkan keindahan dan keunikan tulisan Jawi.
– Menyemarakkan imej dan identiti kebangsaan menerusi perkembangan ilmu tulisan Jawi.
Pengisian Program:
– Satu hari, satu tulisan Jawi
– Seminar / webinar sejarah dan kepentingan Jawi
– Pertandingan menulis karangan dalam tulisan Jawi
– Pameran dan pertandingan Khat
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Aras 4, Kompleks Al-Farabi
40450 Shah Alam, Selangor
Malaysia
Tel : 03-5544 3802
Faks : 03-5544 3799
email : impakuitm@uitm.edu.my
Web : https://impak.uitm.edu.my/
Facebook : https://www.facebook.com/impakuitm
Instagram : https://www.instagram.com/impakuitm/
Kancil Science Competition (KSC) ialah pertandingan sains peringkat kebangsaan terbesar di Malaysia.2025 dah dapat pengiktirafan…
PERTANDINGAN MEREKA BENTUK POSTER DIGITAL CANVA TVPSS Pertandingan Peringkat JPWPP OBJEKTIF PERTANDINGAN: Mencungkil bakat murid…
Orang ramai masih berpeluang menyertai pertandingan ini bagi kedua-dua kategori berikut: Kategori 1: Reka Cipta…
Sertai Pertandingan Video Hari Keselamatan Internet 2026 dengan tema Penggunaan Internet Selamat. Tarikh akhir penghantaran…
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuka peluang kepada Warganegara Malaysia berumur 𝟭𝟮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ke atas…
SEMPENA KARNIVAL KL MADANI @ BANDAR TUN RAZAK HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2026 JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN…