Categories: Terkini

PERTANDINGAN SKRIP UNTUK FILEM SERAM/THRILLER #3

PERTANDINGAN SKRIP UNTUK FILEM SERAM/THRILLER #3
Anjuran Kuman Pictures dengan kerjasama Red Communications

1. Kami mencari skrip filem ori yang bertempat di Malaysia untuk filem seram atau thriller yang berskala kecil.
2. Kami tak pandang umur, kewarganegaraan atau pengalaman penulis.
3. Skrip perlu ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris. Tapi dialog harus ditulis dalam Bahasa Melayu (untuk dialog Bahasa Melayu) atau Inggeris (untuk dialog Inggeris atau bahasa selain BM). Jika ada dialog dalam bahasa lain (Cina, Tamil, Kadazan, Iban, dll) ia harus disertakan dalam kurungan.
4. Jumlah mukasurat: 70-100. Harus ikut format lakonlayar yang betul dan dihantar sebagai PDF.
5. Cerita dalam genre seram atau thriller sahaja. Tak semua filem seram perlu hantu, dan tak semua filem thriller perlu aksi drift.
6. Saranan (bukan kemestian): tak lebih 10 watak, dan tak lebih 3 lokasi utama.
7. Hanya seorang pemenang akan mendapat hadiah RM20,000 dan royalti 1% daripada pendapatan filem ini dalam semua saluran. Kami juga mungkin akan umumkan senarai pendek.
8. Pemenang akan diumum pada Ogos 2024. Kami ingin membuat penggambaran filem ini pada 2025, diarah oleh Khairi Anwar.
9. Hakcipta setiap skrip yang dihantar tetap dengan penulisnya.
10. Jangan pandang belakang.

Sila emel lakonlayar, dan sinopsis 1 mukasurat, ke kumanpictures@gmail.com selewat-lewatnya 30 Mei 2024.

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago