Pertandingan Poster Digital Seram “Festival Seram Buku Prima 2024” – Pelajar Sekolah Menengah

Hadiah:

Tempat Pertama: Hamper Buku Bernilai RM100 + Sijil Penyertaan

Tempat Kedua: Hamper Buku Bernilai RM80 + Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga: Hamper Buku Bernilai RM50 + Sijil Penyertaan

Saguhati: Sijil Penyertaan

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Selangor.

Seorang peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

Poster hendaklah dalam tema seram.

Poster hendaklah dalam saiz A4, berorientasikan landskap atau potret.

Poster digital yang direka TIDAK dibenarkan mengandungi unsur-unsur sensitif seperti agama, perkauman dan politik.

Peserta bebas menggunakan apa-apa perisian dalam penghasilan poster.

Karya hendaklah dihantar secara digital dalam format PDF.

Kandungan poster hendaklah idea dan karya asal peserta dan tidak di plagiat dari internet atau mana-mana sumber.

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

Tarikh Tutup Penghantaran Poster: 31 Disember 2023.

Penyampaian hadiah:

Tarikh: 5 Januari 2024 (Jumaat)

Masa: 2.00 – 5.00 petang

Lokasi: Lobi Kompleks Karangkraf

Leave a Reply