Jangan lepaskan peluang yang ada ni. maghi pakat masuk Pertandingan Video Pendek Kreatif MAIK 2023 yang pertama kali diadakan. Nak sertai? Jom baca maklumat dan syarat pertandingan.
- Pertandingan ini TERBUKA kepada semua rakyat Malaysia KECUALI warga kerja MAIK.
- Penyertaan adalah PERCUMA.
- Tema pertandingan ini adalah “Bayar Zakat Harta Berkat”.
- Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak untuk menerima satu hadiah sahaja.
- Konsep terbuka seperti drama, sketsa, komedi, dokumentari, animasi dan lain-lain.
- Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
- Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
- Durasi video minima 1 minit dan maksima sehingga 3 minit.
- Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dengan sarikata Bahasa Melayu.
- Montaj video WAJIB memaparkan Logo MAIK.
- Peserta dibenarkan menggunakan sebarang peralatan untuk proses rakaman dan juga penyuntingan.
- Format yang dibenarkan adalah MP4 dan resolusi video yang dihantar adalah Full HD 1920 X 1080.
- Peserta perlu memuatnaik video yang ingin dipertandingkan ke platform Youtube dan Facebook peserta berserta dengan tanda pagar (hashtag) #BayarZakatHartaBerkat #MAIK2023 #MAIKCaknoSengoti. Video tersebut hendaklah ditetapkan untuk tontonan umum.
- Peserta WAJIB kongsikan pautan video (link video) tersebut ke Google Form yang disediakan oleh urus setia iaitu :
Klik sahaja pautan ini :