Anda berbakat dan kreatif? Berminat dalam penghasilan poster digital?
Ayuh serlahkan bakat, kreativiti, dan inovasi anda dengan menyertai Pertandingan Poster Digital bersempena Sambutan Hari Integriti KPM Tahun 2023
bermula pada 5 Oktober 2023 sehingga 12 Oktober 2023
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga KPM dan Pelajar
Sekolah/Institusi Pendidikan di bawah KPM yang berumur 13 tahun dan ke atas; - Konsep poster perlu melambangkan integriti dengan memaparkan unsur integriti
dan nilai-nilai murni. - Pertandingan bermula pada 4 Oktober 2023 sehingga 12 Oktober 2023
sebelum jam 11.59 malam. Karya yang dimuatnaik selepas tempoh tersebut
tidak akan dikira.
Hadiah menarik berupa wang tunai dan sijil penyertaan disediakan kepada para peserta.
HADIAH DAN SIJIL PENYERTAAN
Kategori Pelajar Sekolah/Institusi Pendidikan
Tempat pertama : RM 1000.00 dan sijil penyertaan
Tempat kedua : RM 750.00 dan sijil penyertaan
Tempat ketiga : RM 500.00 dan sijil penyertaan
Kategori Warga KPM
Tempat pertama : RM 1000.00 dan sijil penyertaan
Tempat kedua : RM 750.00 dan sijil penyertaan
Tempat ketiga : RM 500.00 dan sijil penyertaan
Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang menyertai.
Peserta tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama, politik dan tidak
menghina mana-mana pemimpin atau individu dalam pembikinan dan
penghasilan poster digital tersebut. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah
dihantar untuk pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
- Hasil karya poster digital mestilah menggunakan perisian digital;
- Warna logo atau bendera (sekiranya ada) hendaklah betul dan tepat;
- Penilaian akan dilakukan oleh juri profesional sebelum lima belas (15) karya
terbaik disenarai pendek untuk dibuka undian ‘Like’ di dalam Facebook Rasmi
Unit Integriti KPM. - Peserta dikehendaki mengikuti semua platform media sosial Unit Integriti
KPM iaitu Facebook dan Youtube Rasmi dan menetapkan akaun media sosial
peserta kepada “public” bagi memudahkan penilaian pihak urusetia. - Tempoh Undian di Facebook Rasmi Unit Integriti KPM akan berlangsung dari 18-
23 Oktober 2023 dan pemenang akan ditentukan melalui undian tertinggi; - Pemenang akan dihubungi melalui e-mel rasmi peserta pada 24-26 Oktober 2023
untuk hadir pada hari program bagi sesi penyampaian hadiah. Segala keputusan
pihak urusetia adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan dan
penggilan telefon tidak akan dilayan; - Urusetia berhak menolak penyertaan yang membuat pelanggaran terma dan
syarat pertandingan;
Untuk maklumat lanjut syarat dan cara penyertaan, layari : LAMAN RASMI PERTANDINGAN