Categories: Terkini

Pertandingan Esei Saya #RemajaMalaysia

Kempen Saya #RemajaMalaysia dicetuskan bagi memberi kesedaran terhadap penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk memupuk nilai cinta akan negara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Selain itu, kempen ini membangkitkan semangat nasionalisme yang tinggi serta sikap cakna terhadap bahasa kebangsaan.

Peraduan esei bersempena dengan kempen saya #remajaMalaysia bertujuan untuk menyemarakkan buah fikiran remaja masa kini dalam memperkasa bahasa Melayu dan menanam perasaan cinta terhadap negara.

Peraduan ini dibahagikan kepada dua kategori:

  1. Prauniversiti dan Universiti (18 – 23 Tahun)
  2. Sekolah Menengah (15 – 17 Tahun)

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Esei mestilah dikarang dalam bahasa Melayu.
  2. Esei yang dikarang tidak melebihi 1000 patah perkataan.
  3. Tema esei adalah ‘Budi Bahasa Budaya Kita: Mengapa Masih Ada yang Lalai’
  4. Tarikh penyertaan bermula dari 10 Ogos 2023 hingga 16 September 2023.
  5. Hanya penyertaan yang dimuat naik ke laman web dalam tempoh yang ditetapkan sahaja yang akan dinilai.
  6. Sebarang penyertaan selepas tarikh tutup atau dihantar menerusi medium lain (kiriman surat, e-mel dan mesej di akaun media sosial) tidak akan dipertimbangkan.
  7. Karangan yang dikemukakan perlu bersifat asli. Sebarang bentuk plagiarisme boleh dikesan oleh pihak penganjur dan akan mengakibatkan penyertaan peserta ditolak.
  8. Inti pati esei haruslah dikarang dengan baik dan menghormati semua pihak. Penganjur tidak akan menerima sebarang penyertaan esei yang menyentuh sensitiviti, perkauman dan agama.
  9. Setiap peserta hanya layak menghantar SATU penyertaan sahaja. Jika peserta didapati menghantar lebih dari satu penyertaan, hanya penyertaan PERTAMA yang akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan : SAYA REMAJA MALAYSIA

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago