Tarikh tutup pada 3 Julai 2023 (Isnin)
PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA WORLD ENVIRONMENT DAY 2023 ANJURAN STELLA RAJENDRAN ENVIRONMENTAL EDUCATION FUND (SREEF)
Hi Adik-adik! Program pertandingan dalam talian anjuran SREEF kembali lagi! Jom sertai!
DAFTAR DI SINI:
https://docs.google.com/…/1g3FFT1m8UkAi8fdDmYBM4mMpOSLA…
LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN:
1. TEMA: Esei mengikut tema World Environment Day pada tahun 2023 #BeatPlasticPollution (contoh; pencemaran
plastik, kesan pencemaran plastik kepada bumi, cara mengatasi pencemaran plastik).
2. Peserta boleh menulis esei dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, 250 – 300 patah perkataan dan dalam single-spacing. Penulisan tidak mengandungi unsur atau elemen yang sensitif (keagamaan/perkauman/politik/kecaman).
3. Peserta perlulah menaip esei dalam Microsoft Word.
4. Penulisan hendaklah dimuat naik dalam bentuk PDF/DOCX.
5. Setiap penyertaan hendaklah dilengkapkan dengan menghantar borang penyertaan kepada urus setia menggunakan aplikasi Google Form yang disediakan (Google Form ini) disertakan dengan maklumat berikut; nama penuh, alamat emel, No. telefon (penjaga/ibu bapa), jantina, sekolah beserta negeri, dan alamat surat menyurat.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Setiap penyertaan individu mestilah melalui borang Google, sebarang emel tidak akan dilayan.
2. Pertandingan dibuka dari tarikh 5 Jun – 3 Julai 2023. Tarikh tutup pada 3 Julai 2023 (Isnin) pada 11.59 pm.
2. Pertandingan adalah terbuka kepada ahli KPA sekolah menengah berumur 13 – 19 tahun.
3. Terbuka hanya kepada warga sekolah Kelab Pencinta Alam (KPA) berdaftar dan telah memperbaharui keahlian tahunan (bagi memastikan status keahlian sekolah anda, sila hubungi pegawai Kelab Pencinta Alam) dan keluarga terdekat (immediate family member) ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
4. Hanya satu penyertaan dibenarkan untuk setiap peserta.
5. Esei yang dihantar mestilah ditulis oleh peserta sendiri.
6. Keputusan juri adalah muktamad. Juri terdiri daripada ahli kumpulan kerja World Environment Day 2023.
7. Setiap penyertaan akan mendapat e-sijil (e-sijil akan diemelkan 6 – 8 minggu selepas keputusan pertandingan diumumkan).
8. Penganjur berhak untuk menolak penyertaan yang lewat dan tidak lengkap.
9. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta telah bersetuju dengan semua syarat yang telah dinyatakan.
HADIAH
Tempat Pertama: RM500
Tempat Kedua: RM300
Tempat Ketiga: RM100
Tempat Keempat: RM50
Tempat Kelima: RM50
Sebarang pertanyaan, sila emel kepada mnsenvironmentday@gmail.com