Categories: Terkini

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK: YES! WE CAN END TB

Pertandingan ini diadakan sempena Sambutan Hari Tibi & Kusta Peringkat Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P) Tahun 2023.

Objektif: Meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha kawalan dan pencegahan penyakit Tibi.

  • Penyertaan adalah secara individu. Setiap individu boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan video.
  • Penyertaan ini terhad kepada mereka yang menetap atau bekerja / belajar di WP Kuala Lumpur / Putrajaya sahaja
  • Karya boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya
  • Karya mestilah idea asli dan tidak mempunyai unsur plagiarism
  • Setiap karya yang dihantar akan menjadi hak milik Pejabat Kesihatan WP Putrajaya / Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
  • Video hendaklah berdurasi maksima 2 minit dan dihantar dalam format mp4.
  • Video yang dihasilkan perlu mempunyai slogan “YES! We Can End TB”.
  • Video boleh dihasilkan menggunakan media sosial seperti Instagram, TikTok atau apa sahaja aplikasi tetapi perlu disimpan dan dihantar dalam bentuk mp4 di Google Drive.
  • Terdapat tiga kategori yang ditawarkan:
  1. Pelajar universiti awam/swasta
  2. Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 4-5)
  3. Orang awam

CARA-CARA PENYERTAAN

  • Hasilkan video mengikut kreativiti masing-masing dan perlu dihantar sebelum / pada 13 Jun 2023
  • Video perlu disimpan dalam Google Drive dengan nama fail ‘NamaPeserta_Kategori_nombor telefon’ dan dihantar dalam format mp4
  • Pautan video tersebut perlu dilampirkan dalam borang penyertaan Google form berikut:
    BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK : YES! WE CAN END TB

Tarikh tutup penyertaan pada 13 Jun 2023.

LAYARI LAMAN RASMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

3 weeks ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

3 weeks ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

3 weeks ago

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MENCIPTA KOMIK DIGITAL

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…

1 month ago

PERADUAN PRODUK ZUS

TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…

1 month ago