Categories: Terkini

PERTANDINGAN MEREKACIPTA VIDEO INFOGRAFIK ATAU ANIMASI BERTEMAKAN PENYAKIT HAIWAN ZOONOTIK SEMPENA SAMBUTAN WORLD ZOONOSES DAY 2023

Tema “Awas Penyakit Zoonotik! Haiwan Sihat Manusia Sejahtera” dipilih untuk memberi penekanan tentang pentingnya masyarakat mengetahui apa itu penyakit zoonotik, kesannya terhadap manusia dan kaedah mencegah penularannya.

PENYERTAAN

– Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 30 tahun.

– Penyertaan adalah secara percuma dan terbuka secara individu, atau berkumpulan maksimum tiga (3) orang termasuk ketua kumpulan.

– Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

– Format pertandingan adalah mengikut kreativiti sama ada dalam bentuk video infografik atau animasi yang dapat menarik minat penonton terhadap kempen kesedaran dan pencegahan penyakit haiwan zoonotik.

– Hasil karya video infografik atau animasi perlu menepati kualiti gambar yang baik dan jelas.

– Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

– Maklumat yang cuba disampaikan dalam hasil karya video tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina mana-mana pemimpin dan individu.

– Hasil karya video infografik atau animasi mestilah merupakan kerja ASAL/ASLI dan tidak menceroboh mana-mana hak cipta orang lain. Semua muzik yang digunakan juga hendaklah bebas royalti dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat perlanggaran hasil hak cipta.

– Hasil karya video infografik atau animasi mestilah tidak pernah dihantar untuk pertandingan video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

– Durasi karya video infografik atau animasi adalah 3 minit termasuk montaj dan kredit penghargaan.

– Peserta bebas menggunakan sebarang gajet/gear yang bersesuaian untuk menghasilkan video infografik atau animasi yang berkualiti berasaskan kreativiti masing-masing termasuk untuk kerja-kerja suntingan.

– Berikut adalah spesifikasi minima bagi video infografik atau animasi yang dihasilkan :

Resolusi : 1080P

Format : MP4

CARA MENYERTAI PERTANDINGAN

1. Peserta perlu mendaftarkan penyertaan dipautan yang tertera (https://forms.gle/CViv3R513eVv5BPx7)

2. Setiap peserta dikehendaki untuk Like dan follow akaun Facebook @veterinarmalaysia juga Instagram @dvsmalaysia_official

3. Setiap peserta perlu memastikan akaun Facebook dan Instagram boleh dilihat umum oleh panel penilai dan tidak mengaktifkan private account.

4. Video yang dihasilkan mestilah dimuatnaik oleh peserta dan di tag ke akaun Facebook @veterinarmalaysia juga Instagram @dvsmalaysia_official , diikuti hashtag seperti berikut : #awaspenyakitzoonotik#haiwansihatmanusiasejahtera#dvsmalaysia

5. Video perlu dihantar mengikut format yang telah ditetapkan kepada urusetia

pertandingan melalui emel sebelum tarikh tutup pertandingan.

TARIKH TUTUP PERTANDINGAN

Tarikh tutup atau pada 31 Mei 2023, jam 5.00 petang.

Pemenang akan dimaklumkan oleh urusetia pertandingan melalui emel dan media sosial pada

minggu pertama bulan Julai 2023.

#cukupdanterjamin

admin

Recent Posts

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

6 days ago

URIIS Student Biz Innovation Challenge 2026

Tukarkan Idea Anda Menjadi Impak Sebenar! Hadiah Wang Tunai sehingga RM20,000.00 !! Kepada semua mahasiswa…

1 week ago

SKK (Skim Khairat Kematian)

Skim Khairat Kematian (SKK) ialah program bantuan kewangan bagi tujuan pengurusan kematian di Malaysia—yang disediakan…

1 week ago

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐏𝐀𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 (𝐍𝐒𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tema: "Taman Angkasa: Penanaman Makanan di Angkasa" "Space Garden: Growing Food in Space" Pendaftaran dibuka…

2 weeks ago

Pertandingan Cipta Iklan AI

Tune Talk NextGEN, satu pertandingan yang mengajak pelajar di Malaysia menghasilkan iklan kreatif menggunakan kecerdasan…

3 weeks ago

A Breakdown of what Claude Can Help You With

Claude was developed by Anthropic, an AI safety research company founded in 2021 by former…

3 weeks ago