Categories: Terkini

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH SEKATARAKYAT

SEMPENA ULANG TAHUN KE-50 (JUBLI EMAS)

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua Anggota dan warganegara
Malaysia KECUALI Anggota Lembaga Pengarah dan wargakerja Sekatarakyat.

  1. Pertandingan menulis esei ini bertemakan Sejarah Koperasi Kakitangan Bank Rakyat
    (Sekatarakyat).
  2. Setiap maklumat perserta perlu dilengkapkan pada borang penyertaan seperti
    maklumat berikut:-
    a) Nama
    b) Nombor kad pengenalan
    c) Jabatan/Syarikat/Individu
    d) Emel
    e) Alamat surat-menyurat
    f) Nombor telefon
    g) Tajuk artikel
  3. Format penulisan adalah seperti berikut :-
    a) Penulisan esei dalam Bahasa Melayu sahaja. Penggunaan frasa atau istilah yang
    tidak mempunyai terjemahan dalam Bahasa Melayu dibenarkan digunakan dalam
    penulisan esei dan hendaklah dicondongkan.
    b) Esei hendaklah melebihi 500 patah perkataan dan jumlah perkataan perlu ditulis di
    penghujung esei.
    c) Format penulisan menggunakan Microsoft Word , jenis aksara Arial bersaiz 12.,
    langkau 1.5 baris dan diseimbangkan dalam setiap muka surat.
  4. Setiap esei hendaklah merupakan hasil penulisan asli, idea sendiri dan belum pernah
    disiarkan di mana-mana media cetak dan elektronik. Karya plagiat, terjemahan atau isu
    sensitif tidak akan diterima.
  5. Setiap penyertaan akan menjadi hak milik Sekatarakyat dan tidak akan dikembalikan
    kepada peserta. Sekatarakyat berhak meminda, menyunting, memanipulasi dan
    menggunakan artikel terpilih untuk kegunaan rasmi Sekatarakyat.

Hadiah tempat 1 : RM2,000.00
Hadiah tempat 2 : RM1,000.00
Hadiah tempat 3 : RM500

dan saguhati.

Untuk maklumat lanjut sila layari : LAMAN RASMI PENGANJUR

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago