Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 JUN 2023.
Berita baik buat semua warga Johor dan Melaka, dan pemastautin di negeri Johor dan Melaka yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dengan kerjasama Persatuan Komuniti Buku Pengkarya Johor mengalu-alukan penyertaan anda dalam Sayembara Menulis Cerpen menggunakan Tema Hari Guru (bermula dari tahun 1972 – 2023)
Hasil karya hendaklah:
i. Menggunakan bahasa Melayu dan ditaip dengan jarak langkau dua baris (double spacing).
ii. Menggunakan fon Arial, saiz 12 poin.
iii. Panjang cerpen antara 2000 hingga 2500 patah perkataan.
iv. Nombor muka surat mestilah ditaip pada setiap muka surat.
v. Tajuk karya ditulis pada halaman 1 dengan menggunakan huruf besar.
vi. Panjang karya dicatatkan pada halaman terakhir (contoh: 2500 patah perkataan sahaja).
vii. Nama pengkarya tidak dibenarkan dipaparkan di mana-mana halaman karya.
Sila imbas kod QR atau klik pada pautan http://tiny.cc/cikgu untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan sayembara ini.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2023.