Berita baik buat adik-adik tingkatan 1 hingga 5!
Sambutan Minggu Sains Negara 2023 kembali lagi. Berita baik buat adik-adik tingkatan 1 hingga 5!
Bermula 11 April hingga 31 Mei ini kami mengadakan Pertandingan Poster Infografik Digital yang bertemakan #STEMmademylifePADU.
Untuk menyertai pertandingan ini, adik-adik perlu :-
1. Kongsikan poster infografik digital adik di link Google Form yang diberikan. Poster tersebut boleh direka dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan menggunakan format JPEG/PNG atau PDF yang bersaiz A3.
2. Ceritakan secara ringkas bagaimana STEM memberi manfaat dalam kehidupan seharian tidak melebihi 150 patah perkataan.
Hadiah menarik menanti pemenang yang bertuah dan e-Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta pertandingan.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertai sekarang! Semoga adik-adik berjaya!
Pautan penyertaan :
Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…
Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…
Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…
MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…
Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…
TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…