Pertandingan Melukis & Mewarna Dalam Talian Seluruh Negara World Kids Colouring Day yang bertema “Mari temui alam semula jadi – di dalam air” telah bermula!!!

📢 Mulai 1 Mac – 31 Mei 2023, kanak-kanak di Malaysia dijemput melukis dan mewarna mengikut tema pertandingan dan menyerahkan karya seni mereka kepada STAEDTLER.

📢Teliti foto dalam siaran ini untuk anda memahami apa, sebab, bagaimana, siapa, bila dan semua yang anda perlu tahu untuk anak anda menyertai pertandingan kempen World Kids Colouring Day tahun ini

💙World Kids Colouring Day ialah kempen CSR global tahunan STAEDTLER

💙World Kids Colouring Day telah dilancarkan pada tahun 2008, menjadikan tahun ini tahun ke-15 STAEDTLER telah menganjurkan kempen penting ini

☝️Objektif utama kempen ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak di seluruh dunia terlibat secara sosial, membantu orang lain melalui kreativiti mereka

☝️Seperti tahun-tahun sebelumnya, amalan semasa kempen tahunan ini adalah untuk kanak-kanak berumur 3 – 12 tahun menghantar karya seni asal mereka kepada STAEDTLER.

💙Untuk setiap lukisan yang dibuat dan dihantar, STAEDTLER akan menyokong rakan kongsi amal dengan 1 Euro.

💙Tahun ini STAEDTLER akan menyokong projek Plan International Germany di Ghana yang memastikan bekalan air minuman selamat dan akses kepada kemudahan sanitasi di 20 komuniti

Sediakan produk STAEDTLER anda! Mari melukis & mewarna untuk tujuan yang baik.

Leave a Reply