Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mempelawa anda untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Kemeja-T SUHAKAM bertemakan “Hak kepada Alam Sekitar yang Bersih, Sihat dan Mampan”! Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan umur, serlahkan bakat kreativiti anda dan menangi hadiah menarik!
Tarikh akhir penyertaan adalah sehingga 15 Mei 2023.
SYARAT-SYARAT AM PERTANDINGAN
- Hasil rekaan kemeja-T SUHAKAM mestilah bertemakan “Hak kepada Alam Sekitar yang
Bersih, Sihat dan Mampan”. - Penyertaan adalah percuma, terbuka kepada warganegara Malaysia dan semua
peringkat umur. - Peraduan ini berlangsung selama tiga (3) bulan bermula pada 15 FEBRUARI 2023
sehingga 15 MEI 2023. Pihak penganjur berhak melanjutkan tarikh tutup peraduan pada
bila-bila masa sekiranya perlu. - Peserta boleh menghantar penyertaan sebanyak maksimum dua (2) rekaan kemeja-T
SUHAKAM dan hanya satu penyertaan yang terbaik akan dipilih.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi penganjur di :