Categories: Terkini

Menarik “Where The Crawdads Sing” di Netflix

Dalam novel terlaris 2018 “Where the Crawdads Sing”, pengarang Delia Owens menerangkan kawasan paya yang mengelilingi sebuah bandar fiksyen North Carolina dengan jelas. Persekitarannya berbahaya yang penuh dengan hidupan liar, dan namun ia menguatkan penduduk di situ, termasuk Kya gadis yang terbiar. Ibu, kakak dan abangnya telah melarikan diri kerana sering dipukul oleh ayahnya yang panas baran. Namun Kya memberanikan diri untuk kekal tinggal di rumahnya. Kenderaan utamanya ialah bot.

Dia tidak ke sekolah. Hanya pernah sehari sahaja kerana tidak tahan diejek kerana rupa parasnya seperi pengemis semasa kecilnya. Ya, kasut pun tidak dapat dibeli dan ayahnya tidak pernah menghiraukan keperluan pendidikannya. Hanya ada sepasang suami isteri yang memberikan simpati ke atasnya. Jumpin’ dan isterinya, Mabel , memberikan sedikit ruang dan perhatian dan membantunya dari bersembunyi daripada sosial. Mabel membekalkannya dengan pakaian dan kasut. Penduduk yang lain, memanggilnya “Gadis Marsh” dan “Gadis Serigala,” kanak-kanak lain membuli Kya dengan tanpa belas kasihan sehingga dia enggan menghadiri sekolah lebih daripada satu hari. Akhirnya dia berkawan dengan Tate tetapi Tate pergi ke kolej, meninggalkan Kya terdedah kepada Chase yang tidak bertanggungjawab.

Penceritaan bermula apabila seorang lelaki mati dibunuh iaitu Chase dan suspek utamanya ialah Kya yang tika itu telah meniti usia remaja dan beliau sangat cantik. Chase lelaki yang menipunya dan ia menguatkan andaian penduduk di situ yang Kya ialah pembunuhnya.

Apa yang menarik di dalam filem ini ialah, Kya berjaya membiaya kehidupannya, menamakan tanah datuknya ke atas namanya dan berjaya membayar cukai tanah sebanyak USD800 pada tahun 1969 itu tanpa pendidikan pun. Apa yang dia lakukan ialah melukis dan menulis tentang segala makhluk disekelilingnya. Tinggal seorang diri sejak ayahnya meninggal, hanya makluk kecil seperti serangga, burung, siput dan pelbagai lagi. Melihatkan kebijaksanaan menulis dan melukis malah mempamirkan keindahan semula jadi di kawasan paya tersebut.

Kagum dengan penerimaan penerbit terhadap Kya kerana mereka orang luar. Tidak bagi orang setempat yang sentiasa memandang hina terhadapnya.

Tuduhan masih berlangsung terhadapnya sepanjang cerita kerana pembunuhan Chase. Adakah Kya yang membunuh Chase?

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

6 days ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

6 days ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

6 days ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago