Seorang pelajar yang ingin dikenali sebagai Hariz (tidak mahu berkongsi gambarnya) berusia 12 tahun pada 2020.
Beliau dan keluarga mula berusaha untuk memasukkan Hariz ke pelbagai pertandingan sejak 2019 kerana ingin mendedahkan beliau kepada pelbagai bentuk cabaran dan pelajaran sepanjang mengikuti pertandingan.
Pandemik yang melanda negara juga menyebabkan beliau berasa sangat bosan dan ingin mengisi masa beliau dengan aktiviti yang mendorong dan memotivasikan beliau.
Sasaran beliau pada awalnya ialah ingin mengumpul mata PAJSK serta Sijil untuk meningkatkan daya saing untuk ke Sekolah Berasrama Penuh.
Antara pertandingan yang beliau sertai ialah :
Tambah beliau juga, selain banyak hadiah berbentuk alat tulis, alatan melukis / mewarna, beg dan buku-buku, beliau juga berjaya mengumpulkan tunai sebanyak lebih RM2000. Beliau mengumpul dan menyimpan di akaun simpanan dan bercadang untuk terus berusaha menempatkan diri dalam pertandingan setiap tahun.
Tambahnya lagi bukan semua pertandingan beliau mendapat tempat atau menang. Namun tetap dapat “kemenangan” kerana memiliki sijil peringkat daerah / negeri / kebangsaan. Beliau pernah menghantar penyertaan pertandingan antarabangsa walaupun kurang yakin dengan penguasaan Bahasa Inggeris. Dengan puisi mengenai alam sekitar yang di hantar kepada penganjur (Jepun), beliau menerima hadiah “Honorable Mention”. Ia adalah kenangan manis yang beliau miliki dan ingin terus berusaha.
Kini beliau berada di salah sebuat Sekolah Berasrama Penuh di selatan Malaysia.
Semoga beliau terus berjaya.
PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…
Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…
Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…
Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…
Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…
Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…