TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 30 NOVEMBER 2022
SAMBUTAN 20 TAHUN UMBI: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
UMBI mempelawa pada semua individu yang berminat untuk menyertai pertandingan mencipta logo βSambutan 20 Tahun UMBIβ sempena ulang tahun penubuhan UMBI yang ke 20 tahun pada tahun 2023. Individu yang berminat boleh menyertai pertandingan ini melalui pautan pendaftaran di bawah.
1) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh Warganegara Malaysia.
2) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
3) Semua ciptaan mestilah karya asli.
UMBI berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan atau pun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.
4) Pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai dan sijil penghargaan.
1) Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) dalam bentuk softcopy menggunakan format AI (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 dan dimuat naik dalam ruangan yang disediakan (dibawah)
2) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
Untuk menyertai : SILA KLIK DI SINI