Categories: Terkini

Nursahira Cemerlang Rangkul Anugerah Pelajaran DiRaja

Nursahira Enji, 25, penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia Ke-66 hari ini.

Setelah pemergian ayahnya, Enji Yusof, ibunya telah mengambil tanggungjawab memulakan perniagaan nasi lemak tersebut bagi menyara empat orang adik beradiknya untuk mengejar cita-cita mereka ke menara gading. Pulangan modal dan keuntungan perniagaan ibunya itu sedikit sebanyak dapat menampung pembiayaan yuran pengajian mereka berempat.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) di Universiti Teknologi Malaysia ini bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah beliau turut bergiat aktif dalam bidang tarian bersama kelab Citra Daksina sejak berada di tahun 1 pengajiannya. 

Ditanya rahsia kejayaan, anak bongsu daripada empat beradik itu berkongsi beberapa tips yang sering diamalkan untuk mengekalkan momentum kecemerlangan dalam pelajaran walaupun turut aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum di UTM. 

“Saya gemar membuat nota ringkas dalam bentuk mind map bagi setiap topik yang dipelajari memandangkan ia memudahkan saya untuk membaca dan memahaminya. Selain perlunya fokus di dalam kelas, saya akan mencatit nota atau kata kunci yang penting sewaktu pensyarah mengajar”.

“Bahagikan masa dengan bijak dan tidak terlalu tertekan mengulang kaji pelajaran adalah resipi kejayaan saya”, tambah Nursahira yang juga merupakan bekas graduan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor sesi 2015/2018.

Nursahira berhasrat untuk lebih fokus dalam kerjayanya terlebih dahulu setelah menamatkan pengajian di peringat ijazah sarjana. Beliau kini bekerja separuh masa sebagai Pengendali Perkhidmatan Pelanggan secara dalam talian sementara menunggu keputusan temuduga sebagai Pegawai Perhubungan Awam di sebuah syarikat terkemuka penyelenggaraan aeroangkasa, Airod Sdn. Bhd.

Sumber : https://news.utm.my/ms/2022/11/anak-peniaga-nasi-lemak-cemerlang-rangkul-anugerah-pelajaran-diraja/

admin

Recent Posts

Sertai Kuiz EcoNinja Hari Beruang Kutub Antarabangsa 2026

SDG#ONE2026 | ECONINJA | NILAM  Anda sudah bersedia untuk Hari Beruang Kutub Antarabangsa 2026?Uji pengetahuan…

2 weeks ago

Ini Cerita Baru Mengenai Punch & IKEA Orang Utan

Punch, anak monyet di Zoo Bandar Ichikawa di Ichikawa, Jepun (kira-kira 20 batu di timur…

2 weeks ago

Cabaran Cipta Pantun

Cabaran Cipta Pantun kini kembali dengan tema Pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman! Selaras dengan…

2 weeks ago

Pertandingan Sekolah Tersihat AIA 2025/2026

AIA Healthies School menganjurkan Pertandingan Sekolah Tersihat AIA 2025/2026. Pertandingan ini terbuka kepada semua Sekolah…

2 weeks ago

KLAF 2026 Future Culture : Batik Art Competition

KLAF 2026 Future Culture : Batik Art Competition No Entrance Fee required and up to…

2 weeks ago

KELAS BAHASA PERCUMA UNTUK WARGA SELANGOR! 🌍📚

Nak belajar bahasa baru tapi bajet tak mengizinkan? Inilah masanya! Pendaftaran Kelas Asas Bahasa 2026…

2 weeks ago