Misi Jelajah Digital eKelas Kembali untuk membawa anda bermain dalam dunia STEM yang seronok!

Di Maxis eKelas, anda boleh menerokai misi digital yang memerlukan anda mengasah kemahiran berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah sains dan membayangkan dunia teknologi masa depan. Sertai Misi Jelajah Digital dan menangi komputer riba, tablet, dan hadiah menarik! Jom belajar STEM dengan seronok!

  • Terbuka kepada SEMUA pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang telah mendaftar akaun dengan Maxis eKelas
  • Rebut peluang menangi hadiah menarik dan kumpul markah kokurikulum (PAJSK) peringkat Kebangsaan.
  • Tempoh pertandingan: 20 September 2022 – 30 November 2022

Untuk mendaftar : KE LAMAN E-KELAS MAXIS

CARA UNTUK MENYERTAI

LANGKAH 1Daftar akaun Maxis eKelas melalui portal atau aplikasi di  atau App StoreLANGKAH 2Daftar masuk dan ikuti modul pembelajaran dalam menu “Misi Jelajah Digital”LANGKAH 3Lengkapkan tugasan dan muat naik dalam portal

Peserta akan dibahagikan kepada 3 Tahap:

  • Tahap 1 (SEKOLAH RENDAH) – Tahun 4 hingga Tahun 6
  • Tahap 2 (MENENGAH RENDAH) – Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • Tahap 3 (MENENGAH ATAS) – Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5

Selain mengikuti modul rujukan, eKelas juga menganjurkan beberapa bengkel secara langsung melalui YouTube untuk membimbing cara-cara untuk menyelesaikan tugasan dan memberi inspirasi untuk semua.

Semuanya boleh dipelajari dan diakses secara PERCUMA dalam portal ini.

Hadiah :

Selain itu, semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil penyertaan dari eKelas dan boleh mengumpul markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di sekolah masing-masing untuk Penyertaan. Bagi para pemenang, mereka akan juga mendapat markah tambahan Pencapaian.

PERHATIAN: Untuk maklumat lanjut tentang markah PAJSK, sila rujuk guru sekolah anda.

RAKAN KOLABORASI : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut layari : https://www.ekelas.com.my/misi2022/

Leave a Reply