Hi Adik-adik! Jom sertai sekarang!
DAFTAR DI SINI: https://forms.gle/h9aGnL4iGgupJ5Bo8
LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN:
1. Reka cerita anda dengan tema: Kelip-kelip.
2. Isi cerita hendaklah mengandungi unsur-unsur alam sekitar, pengajaran dan nilai-nilai murni
3. Rakam video anda dan pastikan cerita anda lebih dari 3 minit dan kurang dari 5 minit.
4. Muat naik rakaman video pada dinding (wall) Facebook anda atau Ibu bapa/Penjaga/Guru disertakan dengan maklumat berikut;
a. Nama Peserta
b. Tajuk Cerita
c. Tanda palang (Hashtag) #malaysiannaturesociety #worldfireflyday2022 #kelabpencintaalam
d. Pastikan video berstatus “Public”
5. Setiap penyertaan hendaklah dilengkapkan dengan menghantar borang penyertaan kepada urus setia menggunakan aplikasi Google Form tersebut.
a. Kongsi pautan rakaman video anda yang dimuat turun dalam media sosial Facebook (URL)
b. Muat turun skrip cerita anda
6. Penyertaan selain dari Google Form ini tidak akan dilayan.
7. Persembahan dalam bentuk video rakaman yang dikongsikan dalam laman sosial Facebook hendaklah berdurasi lebih dari 3 minit atau kurang dari 5 minit.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Pertandingan dibuka kepada semua ahli Kelab Pencinta Alam dan ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (atau ahli keluarga terdekat) yang berumur dari 7 tahun sehingga 12 tahun.
2. Pertandingan adalah dari 6 Julai 2022 sehingga 8 Ogos 2022.
3. Kaedah pelaksanaan: Secara Dalam Talian
4. Penyertaan adalah percuma.
5. Penyertaan adalah secara individu dan hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan.
6. Video rakaman dan audio hendaklah jelas.
7. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur alam sekitar, pengajaran dan nilai murni
7. Cerita hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
8. Video hendaklah berdurasi selama 3 minit – 5 minit sahaja.
9. Video boleh disampaikan dalam posisi duduk , berdiri atau mana-mana posisi yang sesuai mengikut kreativiti peserta.
10. Pengumuman keputusan pertandingan akan dibuat melalui Facebook: Malaysian Nature Society dan Kelab Pencinta Alam (KPA) sebelum 31 Ogos 2022.
HADIAH DAN SIJIL
Tempat Pertama: RM500
Tempat Kedua: RM300
Tempat Ketiga: RM200
Tempat Keempat: RM100
Tempat Kelima: RM100
Setiap penyertaan akan menerima e-sijil.
Sebarang pertanyaan, sila emel kepada mnsfirefly@gmail.com