Pada cuti sekolah ini, mari tingkatkan pengetahuan dengan menyertai Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Johor!
Kuiz ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah di negeri Johor.
Hadiah menarik sumbangan Petron Malaysia menanti penyertaan terbaik.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar sekolah di negeri Johor.
2. Kuiz ini akan berlangsung pada hari Selasa, 28 Disember 2021, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang,
3. Pelajar-pelajar perlu menyertai mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut:
Sekolah Rendah Tahap 1: Darjah 1 hingga 3
Sekolah Rendah Tahap 2: Darjah 4 hingga 6
Sekolah Menengah Rendah: Tingkatan 1 hingga 3
Sekolah Menengah Atas: Tingkatan 4 hingga 6
4. 15 pemenang termasuk 3 hadiah utama akan dipilih bagi setiap kategori. Penilaian adalah berdasarkan ketepatan jawapan, tempoh masa menjawab dan kreativiti slogan.
5. Satu penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap pelajar. Sekiranya terdapat lebih daripada satu penyertaan, penganjur akan memilih penyertaan terawal untuk dinilai.
6. Keputusan penganjur adalah muktamad. Penganjur layak untuk menolak penyertaan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria seperti tersebut di atas, atau atas apa-apa sebab yang dirasakan munasabah.
7. Semua penyertaan yang lengkap akan menerima sijil penyertaan.
8. Peserta akan dihubungi oleh penganjur setelah selesai pengadilan untuk tujuan pemberian hadiah dan sijil penyertaan.
Capaian:
Sekolah Rendah Tahap 1: https://forms.gle/JdLZoXwErfLpUUgv6
Sekolah Rendah Tahap 2: https://forms.gle/diPkBmmJcn4Gj16a9
Sekolah Menengah Rendah: https://forms.gle/4pW9tCmyzo81HbGt9
Sekolah Menengah Atas: https://forms.gle/67HySrKsRoCCm6wVA