
PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-150 TAHUN BANDAR TAIPING (1874 – 2024)
Taiping bakal berusia 150 tahun pada tahun 2024. Di sepanjang tempoh tersebut sehingga kini, Taiping berkembang menerusi pelbagai cabaran. Dari sebuah bandar perlombongan bijih timah yang aktif sehingga menjadi sebuah bandar tumpuan pelancong.
MPT sedang merancang untuk mengadakan pelbagai acara bagi sambutan 150 tahun pada tahun 2024.
Mulai tahun 2022, MPT akan melaksanakan beberapa aktiviti bagi meuar-uarkan sambutan ini dan secara langsung akan menyemarakkan usaha menjelang detik yang bersejarah ini.
Sebagai permulaan, MPT menganjurkan Pertandingan Mencipta Slogan Sambutan Ke-150 tahun Bandar Taiping.
Pertandingan yang sedang berlangsung ini terbuka penyertaannya kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga 9 Januari 2022.
JOM sertai! Sila imbas kod QR yang tertera di poster untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan.
Atau klik pautan ini : https://docs.google.com/…/1FAIpQLScCoM1BfuCqO1…/viewform

Tarikh tutup – 9 Januari 2022.
Hadiah tunai sebanyak RM2,100.00 tersedia untuk dimenangi.