Categories: Terkini

Larangan Mempersenda Golongan OKU

Larangan Mempersenda Golongan OKU
==================
1. Tindakan merakam, melakonkan dan memuat-naik video yang seakan mempersenda golongan OKU ini adalah satu kelakuan yang tidak berakhlak. Paparan video tersebut bukan sahaja mengguris golongan OKU malah menggambarkan mentaliti masyarakat yang perlu diperbaiki.

2. Rasulullah ﷺ mendidik para sahabat agar menyantuni kekurangan yang ada pada sahabat yang lain, bukan dijadikan bahan ketawa dari mereka yang menyaksikan video tersebut. Sebahagian sahabat pernah mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas’ud kerana beliau memiliki betis yang kurus. Rasulullah ﷺ menegur perbuatan tersebut dan berkata:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ أُحُدٍ

“Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud.” (HR Ahmad)

3. Rasulullah ﷺ turut mencela mereka yang bergurau hanya semata-mata untuk mendapat gelak ketawa (atau mengutip “like”) dari orang lain tanpa memikirkan gurauan tersebut wajar atau tidak. Rasulullah menegaskan:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَقُولُ الْكَلِمَةَ لَا يَقُولُهَا إِلَّا لِيُضْحِكَ بِهِ النَّاسَ، يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ،

“Seorang hamba mengucapkan perkataan bagi tujuan bergurau (untuk digelak) sedangkan perkataan tersebut boleh membawanya ke neraka yang jarak keduanya antara langit dan bumi.” (Mirqa al-Mafatih)

4. Rasulullah sangat memuliakan golongan OKU. Al-Imam al-Bukhari merekodkan dialog yang berlaku di antara Rasulullah ﷺ dengan ‘Itban ibn Malik, seorang ahli Badr yang telah buta. Oleh kerana sukar untuk ke masjid disebabkan beberapa faktor, Rasulullahﷺ telah menunaikan permintaan ‘Itban untuk solat bersama dengan beliau di rumah beliau. Demi memuliakan beliau, Rasulullahﷺ sanggup ke rumah beliau untuk solat bersama.

5- Menurut Abu Nu’aim al-Asbahani, Rasulullahﷺ pernah memuji dan menyanjung Amru ibn al-Jamuh, seorang yang cacat kakinya. Bagindaﷺ memuji beliau dan menggambarkan keadaan beliau yang sempurna di syurga kelak.

6- Rasulullahﷺ meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Abdullah ibn Ummi Makhtum, seorang yang cacat penglihatan untuk menjaga Madinah ketika para pejuang Muslim pergi berjihad. Rasulullahﷺ juga pernah melantik beliau sebagai juruazan di Madinah.

7. Kecacatan atau kekurangan fizikal tidak pernah merendahkan kedudukan seorang Muslim. Yang menjatuhkan nilai diri mereka adalah disebabkan kerana kurangnya adab dan lemahnya akal dalam menilai kewajaran sesuatu tindakan.

Semoga Allah membimbing kita.

Perkongsian dari Facebook Dr. Ahmad Sanusi Azmi

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago