
PERTANDINGAN MELUKIS FANART WIRA CILIK Sempena pelancaran tempahan set novel Wira Cilik pada 15 Disember 2021.
10 lukisan akan dipilih sebagai pemenang. 5 lukisan terbaik akan membawa pulang wang ringgit berjumlah RM200 setiap seorang, dan 5 lagi penyertaan berpeluang memenangi hadiah saguhati berjumlah RM100 setiap seorang.
Lukisan fanart anda akan dinilai oleh barisan pengkarya Wira CIlik. Setiap juri akan menilai dan memberi markah dan penyertaan dengan markah tertinggi dari keseluruhan jumlah markah tersebut akan dinobatkan sebagai pemenang!
Terma dan syarat
1. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia SAHAJA.
2. Digalakkan untuk follow Page Facebook Hilal Asyraf(Official) atau Twitter Hilal Asyraf untuk mengikut rapat pengumuman terkini. 3. Pertandingan berlangsung bermula dari 13 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021, jam 11:59 pm.
4. Ilustrasi adalah berdasarkan watak-watak daripada novel Wira Cilik; rujukan dan penerangan bagi setiap karakter akan dilampirkan di dalam posting pautan ini atau pada link – KLIK DI SINI
5. Para pelukis boleh melukis satu atau LEBIH dari satu watak bagi setiap ilustrasi 6. Para pelukis boleh mengilustrasikan mengikut kreativiti masing-masing selagi mana TIDAK MENCIPLAK atau TRACING mana-mana karya atau ilustrasi selain dari Wira Cilik.
7. Ilustrasi tanpa warna atau berwarna tetap diterima.
8. Medium bebas, samada secara tradisional atau secara digital.
9. TIADA HAD penyertaan; para pelukis boleh menghantar seberapa banyak karya, tetapi hanya SATU penyertaan yang terbaik yang akan dipilih sebagai pemenang.
10. Tema lukisan adalah bebas, asalkan tidak menyentuh unsur-unsur sensitif seperti politik, keagamaan, keganasan, seksual dan seumpamanya. Lukisan juga perlulah menepati syariat dan juga mesra/selamat buat tatapan semua peringkat umur.
11. Pihak penganjur BERHAK untuk menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
12. Dengan menyertai pertandingan ini, anda bersetuju memberi kebenaran kepada pihak penganjur SAHAJA untuk menggunakan penyertaan yang telah anda hantarkan.
13. Lukisan Pemenang adalah hak pemenang, tetapi penganjur berhak menggunakannya untuk tujuan promosi Wira Cilik. Namun begitu, apabila digunakan, karya berkenaan akan tetap menerima pengiktirafan (credits) yakni, siapa yang telah menghasilkannya
Karya TIDAK AKAN digunakan untuk menjadi merchandise atau dicetak untuk dijual oleh pihak penganjur tanpa kebenaran pengkarya.
14. Anda WAJIB post pada sosial media masing-masing dengan #wiracilikfanart dan hantarkan penyertaan anda melalui pautan ini.
Dan pastikan akaun anda tidak ‘private’.
15. Anda WAJIB menghantar ilustrasi dan Isikan maklumat anda dalam link di bawah dengan betul.
Untuk maklumat penuh penyertaan dan syarat terkini sila layari :