PERTANDINGAN REKACIPTA LOGO MIROS TECHNOLOGY TEST TRACK (MT3)
Pertandingan merekacipta logo MT3 akan diadakan mulai 22 November 2021 sehingga 20 Disember 2021. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Pereka logo yang berjaya akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1000.00.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali keluarga dan ahli jawatankuasa penjurian pertandingan. • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang.
Pemenang pertandingan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 27 Disember 2021.
Logo yang terpilih akan digunakan oleh MIROS sebagai identiti rasmi yang mewakili MT3. Maklumat lanjut dan syarat-syarat penyertaan boleh di dapati di laman sesawang rasmi MIROS