Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28hb November 2021
Pertandingan Infografik Bersempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut peringkat Klinik Pergigian Sandakan
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai pertandingan membuat infografik mengenai kanser mulut bersempena minggu kesedaran kanser mulut.
Syarat-syarat dan peraturan pertandingan ini adalah seperti berikut:
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
2. Saiz infografik hendaklah menggunakan ratio 5:4 atau 4:5
3. Isi kandungan infografik hendaklah menggunakan fakta yang tepat bertemakan Minggu Kesedaran Kanser Mulut – Jom Periksa Gigi!’
4. Penyertaan peserta boleh dibatalkan sekiranya tidak memenuhi syarat pertandingan oleh pihak penganjur
5. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja
6. Penyertaan adalah melalui post melalui Facebook menggunakan hashtag #MingguKanserMulutSandakan #Jomperiksamulut #KPSandakan dan hendaklah men-tag Page Facebook Klinik Pergigian Sandakan – Mesra Promosi di post tersebut. (Profil Facebook peserta hendaklah diletak kepada status Public/Umum)
7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28hb November 2021
8. Hasil infografik penyertaan akan dijadikan bahan promosi Pergigian Kawasan Sandakan
9. Sila isikan maklumat penyertaan melalui borang Google Form :
• https://forms.gle/k9dcprQrDDEF4fmZ9
10. Penilaian dan pemarkahan infografik adalah berdasarkan kreativiti, kandungan dan capaian ‘Like dan Share” penyertaan.
11. Keputusan juri adalah muktamad dan pemenang akan diumum melalui Facebook
Klinik Pergigian Sandakan – Mesra Promosi
12. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Klinik Pergigian Sandakan – Mesra Promosi (Facebook dan Telefon)