YAYASAN SUKARELAWAN SISWA menganjurkan Pertandingan Reka Cipta Logo.
TEMPOH PENYERTAAN
Tempoh penyertaan ialah 1 – 25 November 2021.
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Budaya Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak (Warganegara Malaysia dan Luar Negara).
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang. Sekiranya peserta menghantar lebih daripada 1 karya, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
- Semua logo ciptaan peserta yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Sambutan Ulang Tahun YSS ke-10 akan menjadi hak milik Yayasan Sukarelawan Siswa sepenuhnya dan peserta tiada hak ke atas logo tersebut selepas pertandingan.
- Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tangungan peserta sendiri.
- Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan dan diemelkan kepada ukk@sukarelawansiswa.my.
DOKUMEN PERMOHONAN PENYERTAAN
- Setiap penyertaan hendaklah diemelkan kepada
Emel: ukk@sukarelawansiswa.my - Pegawai yang boleh dihubungi;
- Encik Millan Anak Stephen
E-mel: millan@sukarelawansiswa.my (03-8870 6876) - Cik Zulaiqa Zulhilmy
E-mel: zulaiqa@sukarelawansiswa.my (03-8870 6846)
HADIAH PERTANDINGAN
- Hadiah Utama akan menerima wang tunai RM3,000.00
(RINGGIT MALAYSIA: TIGA RIBU SAHAJA) dan sijil penyertaan. - Lima (5) hadiah saguhati bernilai 200.00
(RINGGIT MALAYSIA: DUA RATUS SAHAJA) setiap seorang dan sijil penyertaan.
Untuk maklumat lanjut pertandingan dan borang penyertaan SILA KLIK DI SINI