
Terbuka : belia warga Malaysia 15 tahun ke atas.
Pertandingan ‘Kuiz Kemahiran PTPK’ ini dianjurkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas. Kakitangan PTPK dan ahli keluarga adalah TIDAK LAYAK menyertai pertandingan ini.
Tarikh pertandingan : Bermula daripada 1 November hingga 25 November 2021
Jawab 20 SOALAN online berkaitan Latihan Kemahiran. Pendaftaran dan penyertaan boleh dibuat melalui Google Form.
Peserta hendaklah menjawab kesemua soalan yang diberikan.
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja. Penyertaan berikutnya akan ditolak.
Setiap peserta perlu memastikan butiran diri adalah lengkap dan tepat sebelum dihantar.