Pertandingan menulis cerpen dan sajak Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 01 sehingga 30 November 2021 merupakan program jaringan dan jalinan yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.

Pertandingan ini terbuka kepada Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah harian biasa.

Kategori yang dipertandingkan adalah Pertandingan Menulis Cerpen Bahasa Melayu Kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas serta Pertandingan Menulis Sajak Bahasa Melayu Kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas.

Pertandingan ini dilaksanakan bagi mendapatkan karya cerpen dan sajak yang bermutu serta menambahkan lagi bilangan penulis dalam kalangan murid-murid sekolah. Selain itu, pertandingan ini juga dilihat dapat mewujudkan kerjasama dan hubungan pembelajaran antara sekolah-sekolah dalam Malaysia. Program ini juga dianggap sebagai satu bentuk kerjasama penyatuan sekolah-sekolah SBP di pelusuk negeri.

Untuk maklumat lanjut syarat dan borang, anda boleh scan QR code pada poster di atas.

LAMAN PENGANJUR : KLIK DI SINI

Leave a Reply