
Seorang pelajar yang berkongsi beliau telah lama memasuki pelbagai pertandingan dari sekolah rendah. Namun semakin yakin dan kerap apabila di sekolah menengah.
Hanya berkongsi namanya sebagai Aiman. Beliau mula sedar adanya bakat melukis dan mewarna ketika beliau di sekolah rendah. Beliau boleh menyiapkan sehingga 3 hasil lukisannya dalam satu hari sekiranya tiba hari minggu.
Ibunya yang menyedari bakatnya menerima satu tawaran dari guru mengenai pertandingan melukis dan mewarna peringkat daerah dan Aiman menyertainya. Dia memenangi pertandingan tersebut dan mula rasa yakin serta berkobar-kobar untuk menyertai pertandingan seterusnya. Walaupun hadiah ketika itu ialah piala, sijil dan wang tunai RM30 sahaja. Beliau berasa saat itulah titik bermulanya dia mengorak langkah.
Beliau kini berada di sebuah IPT dan beliau berkongsi beberapa tips sebelum penyertai pertandingan. [tips ini tidak tersusun mengikut masa].
- Sediakan perkara asas terkini seperti : emel , satu salinan dalam laptop/telefon butiran diri supaya mudah masa menghantar penyertaan (tinggal copy dan paste sahaja) serta kurang kesilapan menaip.
- Adanya media sosial seperti Facebook atau Instagram sekurang-kurangnya. [bukan untuk bersosial tapi untuk menggali maklumat].
- Buka satu akaun bank hanya untuk terima atau simpan wang pertandingan.
- Kenalpasti kehendak diri dan minat. Jika minat tetapi kurang kemahiran bermakna harus masuk pertandingan itu kerana ingin banyak pengalaman. Semakin banyak pengalaman semakin cekap dan jelas kehendak pertandingan. Jangan paksa diri untuk sertai pertandingan yang tidak diminati kerana anda mungkin akan buat secara sambil lewa.
- Bina satu ruang untuk simpan hadiah untuk memberi semangat kepada diri sendiri.
- Post di media sosial kemenangan anda (namun jangan war-warkan jumlah wang hadiah). Ia untuk kenangan dan terus dapat dilihat dari tahun ke setahun. Jangan malu jika hanya dapat saguhati / sijil sahaja. Kongsikan sahaja supaya dapat di simpan memori itu.
- Cuba kemahiran baru. Contohnya 10 tahun lalu lukis guna kertas tetapi selari dengan teknologi dan usia, perlulah cuba lukis digital dan lain-lain lagi.
- Ambil tahu siapakah penganjur. Jangan takut untuk cuba walaupun penganjur yang tertaraf antarabangsa. Cuba hantar juga pertandingan walaupun kurang yakin.
- Belajar bahasa. Cuba fahami maksud-maksud bahasa pertandingan. Cari kata kunci penting seperti Tema, Tarikh akhir/masa, Butiran terperinci pertandingan, Cara penyertaan, Butiran hadiah, cara mengambil hadiah, terma dan syarat mesti dibaca beberapa kali jika perlu.
- Jika boleh simpan wang kemenangan supaya menjadi satu bentuk usaha yang membuahkan hasil. Saya menyimpan semua wang kemenangan di dalam ASB dan kini telah hampir 5 angka. Ia tidak mustahil. Hadiah tertinggi yang pernah saya terima dalam satu pertandingan ialah RM4000 bila saya hantar pertandingan video. Yang lain-lain beberapa ratus itu selalu diterima dari pelbagai pertandingan. Saya hanya pernah keluarkan sekali sebagai wang perbelanjaan mula masuk ke IPT.
- Buat satu folder dalam laptop dan simpan semua salinan penyertaan. Boleh asingkan mengikut tahun / bulan. Boleh rujuk kembali sekiranya ada lagi pertandingan ulangan pada tahun berikutnya.
- Buat satu jadual menyiapkan pertandingan yang ingin dihantar supaya tidak lupa / tidak terlepas hantar atau kelam kabut untuk disiapkan pada hari-hari persekolahan / waktu belajar.
Tips ini tidaklah sempurna. Hanya perkongsian sahaja sebagaimana yang Aiman buat selama ni.
Wah…begitu sekali kecekalan dan semangat Aiman.
Mungkin kita boleh cuba dari sekarang ?