
ANJURAN JABATAN FISIOLOGI, FAKULTI PERUBATAN UKM CHERAS
Butiran program adalah seperti berikut:
Tempoh Pertandingan :15 November โ 15 Disember 2021
Aplikasi: TikTok
Sasaran Peserta: Pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia (13 โ 17 tahun)
Syarat Pertandingan :
1. Pertandingan ini adalah penyediaan video karya asli TikTok berdurasi tidak melebihi 1 minit secara individu/berkumpulan.
2. Video yang dihasilkan perlu menepati tema pertandingan iaitu TikTok Challenge: The Big Idea. Tema ini berkaitan idea mengaplikasikan pengetahuan sains untuk membantu menyelesaikan sesuatu isu yang dipilih, di mana idea tersebut akan membantu untuk menjadikan dunia sebagai satu tempat yang lebih baik untuk didiami.
3. Video perlu dibuat dalam bahasa Melayu ATAU bahasa Inggeris sahaja.
4. Pertandingan ini dibuka kepada individu berusia 13 – 17 tahun.
5. Setiap peserta atau kumpulan boleh menghantar SATU penyertaan sahaja dan perlu mendapat keizinan daripada ibu bapa/ penjaga.
6. Semua penyertaan perlu dimuatnaik ke dalam akaun Tiktok peserta, sebut (@mention) akaun TikTok Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan (@fisiologiFPER) dan perlu menggunakan hashtag berikut:
a. #ttchallengethebigidea
b. #fisiologiukm
c. #ukmfacultyofmedicine
7. Video perlu dimuatnaik selewat-lewatnya pada 15 Disember 2021 pada jam 11.59 malam. Penyertaan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diambil kira.
8. Ahli keluarga terdekat Jabatan Fisiologi tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
9. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan/rayuan tidak akan dilayan.
Kategori Hadiah Pemenang:
๐. ๐๐ข๐๐๐จ ๐๐๐ซ๐๐๐ข๐ค (๐๐๐ง๐ข๐ฅ๐๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ข)
๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ : ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐๐ฎ๐ : ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐ : ๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐ฎ๐ก๐๐ญ๐ข (๐๐ฑ) : ๐๐๐๐
๐. ๐๐ข๐๐๐จ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ข (๐ฉ๐๐ฅ๐ข๐ง๐ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ค ๐ฅ๐ข๐ค๐/๐ฌ๐ก๐๐ซ๐)
๐๐๐๐ข๐๐ก : ๐๐๐๐๐
Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan :
Borang dan syarat penyertaan boleh dicapai di pautan KLIK DISINI
Sebarang pertanyaan mengenai program ini sila hubungi Dr. Amilia Aminuddin (03-9145 8616) / Pn. Norliza Saari (03-9145 8601) atau email ke tiktokphysiology@gmail.com