Terbuka 7 tahun ke atas
Anjuran PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 25 Oktober – 5 November 2021.
Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dari pelbagai peringkat umur mengenai manuskrip Melayu serta ilmu yang terakam di dalamnya. Paling penting program ini dapat meningkatkan kemahiran membaca tulisan jawi lama yang merupakan tulisan yang digunakan dalam naskhah manuskrip Melayu yang juga merupakan warisan khazanah negara.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1) Penyertaan terbuka kepada 3 kategori :
i. Kategori Sekolah Rendah (7-12 tahun)
Hadiah Pertama : RM100
Hadiah Kedua : RM80
Hadiah Ketiga : RM50
ii. Kategori Sekolah Menengah (13-17 tahun)
Hadiah Pertama : RM150
Hadiah Kedua : RM100
Hadiah Ketiga : RM80
iii. Kategori Umum (18 tahun ke atas)
Hadiah Pertama : RM300
Hadiah Kedua : RM200
Hadiah Ketiga :RM150
Peserta akan diberikan salinan teks naskhah manuskrip (bertulisan jawi lama) yang perlu dibaca mengikut
kategori
Peserta diminta merakam suara menerusi rakaman audio serta melengkapkan slogan
Pertandingan bermula pada 25 Oktober–5 November 2021.
Sebarang pertanyaan lanjut sila berurusan dengan pegawai-pegawai berikut:
Puan Noor Alia Hanim binti Mohamad Hassan – 03-2687 1755
Puan Syamimi binti Mohd Samsuddin – 03-2687 1865
Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu
Perpustakaan Negara Malaysia
Imbas kod QR pada poster atau klik pautan untuk pendaftaran dan penyertaan pertandingan.