Jabatan Penerangan dan Perhubungan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyumbang artikel.

Artikel yang terpilih sahaja akan dimasukkan ke portal IKRAM dan akan menerima honarorium (sagu hati) penghargaan.

Artikel yang tidak diterbitkan di portal IKRAM dalam tempoh 14 hari (dua minggu) selepas dihantar dianggap tidak terpilih.

Syarat-syarat penulisan artikel :

1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

2. Dalam bahasa Melayu atau Inggeris antara 400 hingga 1,000 patah perkataan.

3. Tema Penulisan :

i) Isu semasa berkaitan ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan, pembangunan insan, kenegaraan dan antarabangsa.

ii) Perkongsian bermanfaat seperti tazkirah, kisah-kisah inspirasi, tip motivasi dan sebagainya.

Sekiranya berminat, hantar artikel anda ke e-mel media@ikram.org.my berserta

nama,

pekerjaan/jawatan dan

nombor telefon bimbit.

Sumber : KLIK DI SINI

Leave a Reply