
Bersempena penganjuran Karnival Lestari Ampang Jaya oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bersama Jawatankuasa Penduduk, orang ramai dengan berbesar hati dijemput untuk menyertai Pertandingan Mewarna — Dua Hati Satu Warna: Cabaran Kreativiti Ibu dan Anak.
Program ini dianjurkan bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil daya kreativiti melalui aktiviti seni visual yang menyeronokkan antara ibu dan anak.
Butiran Pelaksanaan Program:
- Tarikh: 21 November 2026 (Sabtu)
- Masa: 8.30 Pagi (Pendaftaran)
- Lokasi: Padang AU2, Taman Keramat
Hadiah Pertandingan:
- Johan: RM200.00
- Naib Johan: RM150.00
- Tempat Ketiga: RM100.00
- Saguhati: RM50.00 (7 Pemenang)
Cara Pendaftaran & Syarat Penyertaan: Para peserta yang berminat diminta untuk mengimbas kod QR di bahagian bawah kanan poster bagi urusan pendaftaran, manakala syarat penuh pertandingan boleh dirujuk dengan mengimbas kod QR di bahagian bawah kiri poster.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- Puan Hanim: 010-534 3292
#KarnivalLestariAmpangJaya #MPAJ #PertandinganMewarna #DuaHatiSatuWarna #RakyatHarmoniAmpangJayaSejahtera