
Kini dibuka kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pertandingan bertemakan “Bersama Membina Negara Bangsa” ini dianjurkan bagi merebut Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Pertandingan ini memfokuskan kepada kelancaran pengucapan awam serta percambahan minda dalam menghayati prinsip Rukun Negara demi memperkukuh semangat perpaduan nasional. Penyertaan dibuka secara rasmi kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kategori: Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Tempat : Melaka International Trade Center(MITC), Melaka
Tarikh Penyertaan: 17 April 2026 hingga 31 Julai 2026
Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan: 15 September 2026.
Ayuh imbas kod QR yang tertera pada poster untuk mendapatkan borang penyertaan.