
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan menghiasi premis dan kediaman secara kreatif, bersih serta menarik. Serlahkan kreativiti anda dan jadilah sebahagian daripada usaha menceriakan Daerah Segamat sempena bulan kebangsaan.

Kategori Pertandingan:
Bangunan/Pejabat Kerajaan
IPT Awam/Swasta
Sekolah Rendah (Kebangsaan & Agama)
Sekolah Menengah
Sekolah PPKI
Bangunan Swasta/Komersial
Kebun Komuniti (Berdaftar dengan MPS)
Rumah Tradisional
Rumah Teres
Tarikh Tutup Penyertaan: 14 Ogos 2026

Hadiah menarik menanti anda!
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila imbas kod QR pada poster atau hubungi:
07-9063334 / 07-9063333
Tema Hari Kebangsaan 2026:
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor