Tema:
βTaman Angkasa: Penanaman Makanan di Angkasaβ
βSpace Garden: Growing Food in Spaceβ
Pendaftaran dibuka sehingga 23 ogos 2026!
Jom sertai sekarang!
Peraduan Poster bersempena dengan program National Space Challenge 2026
(NSC2026) merupakan penganjuran kali ke-19 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) melalui Planetarium Negara yang membawa tema βSpace Garden:
Growing Food In Spaceβ.
Peraduan ini bertujuan untuk menyediakan platform
interaktif bagi murid menterjemahkan idea, imaginasi dan kreativiti mereka dalam
bentuk seni, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan STEM dalam
kalangan generasi muda. Inisiatif ini secara langsung mendukung Pelan Strategik
MOSTI 2024-2030 di bawah Teras Strategik 5 iaitu Pembudayaan dan Pengaplikasian
Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE), serta turut memberi nilai tambah kepada
para pelajar melalui penganugerahan mata merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK) di peringkat kebangsaan.
Tiga (3) poster terbaik Peraduan Poster NSC bagi kategori sekolah rendah berpeluang
mewakili negara ke peringkat antarabangsa iaitu Asia-Pasific Regional Space Agency
Forum (APRSAF).
Terbuka kepada semua murid sekolah rendah (berumur 6 hingga 12 tahun
pada tarikh 31 Disember 2026) dan pelajar sekolah menengah (berumur 13
hingga 17 tahun pada tarikh 31 Disember 2026).
Hadiah :
Sijil dan hadiah akan disediakan kepada peserta yang posternya terpilih
sebagai:
βͺ Anugerah Poster Terbaik Kategori Sekolah Rendah β
5 pemenang bagi kategori sekolah rendah
βͺ Anugerah Poster Terbaik Kategori Sekolah Menengah β
5 pemenang bagi kategori sekolah menengah
MAKLUMAT LANJUT : BACA DI SINI
SERTAI SEKARANG : BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 π¨β¨ (National Data Storytelling Video &…
Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…
Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…
Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…
Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…
Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…