Categories: Terkini

Pertandingan Video Pendek & Poster Denggi

Bersempena dengan Sambutan Hari Denggi ASEAN 2026 Peringkat Negeri Perak, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta berbesar hati menjemput anda untuk menyertai Pertandingan Video Pendek & Poster Denggi! 

Hebahan ini khas buat semua warga kerja dan kakitangan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) seluruh negeri Perak. Inilah masanya untuk anda tunjukkan bakat terpendam sambil menyebarkan mesej kesedaran denggi! 

 Cadangan Tema:

 Komuniti Bebas Aedes, Tanggungjawab Bersama

 10 Minit, Cari & Musnah

 Kategori Video Pendek:

Durasi 1 – 3 minit

Format resolusi tinggi (MP4 / MOV)

 Kategori Poster:

Saiz A3 berserta mesej/slogan yang menarik

Bebas menggunakan perisian seperti Canva, Photoshop, Illustrator mahupun aplikasi AI!

 Tarikh Penghantaran: 9 Jun 2026 – 3 Julai 2026

 Pengumuman Pemenang: 6 Julai 2026
(Hadiah lumayan menanti pemenang Tempat Pertama hingga Ketiga bagi setiap kategori!) 

Cara Menyertai:
Hanya muat naik karya anda di Google Drive (tetapan “Anyone with the link”) dan hantarkan pautan melalui Google Form rasmi kami.

 Imbas kod QR pada poster di bawah untuk syarat penuh dan borang penyertaan:

Ayuh, serlahkan kreativiti anda demi komuniti yang bebas denggi! Jangan lupa Tag rakan-rakan sekerja anda di ruangan komen! 

#HariDenggiAsean

admin

Recent Posts

Win a Refreshing Family Staycation in Genting Highlands with Johnson’s Play Days

Johnson’s invites families to participate in the Johnson’s Play Days contest and stand a chance…

6 days ago

BUY & WIN WITH BRUNO!

Your favourite snacks could bring home some amazing prizes worth up to RM10,000! Simply spend…

6 days ago

Peraduan Dettol x MR DIY Konnichiwa Getaway

From 1 November to 31 December 2026, Dettol invites shoppers to participate in the Konnichiwa…

6 days ago

Create Festive Moments Together and Win Exciting Prizes with Dolmio & MasterFoods at Mercato

From 15 November to 31 December 2026, Dolmio and MasterFoods invite you to celebrate "Festive…

6 days ago

Once You Pop, the Fun Don’t Stop: Win Smart Riding Luggage with Pringles

From 1 November to 31 December 2026, Pringles invites snack enthusiasts to participate in the…

6 days ago