
Cabaran Cipta Pantun kini kembali dengan tema Pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman!
Selaras dengan usaha pemerkasaan pantun di Taman Tunku Abdul Rahman, anda diundang untuk menyertai Cabaran Cipta Pantun.
Tampilkan kreativiti dan keindahan pantun.
Pantun yang terbaik akan dipilih untuk diletakkan pada papan tanda pantun di Pulau Mamutik, Pulau Manukan atau Pulau Sapi di bawah penguatkuasaan Taman Tunku Abdul Rahman, Taman-Taman Sabah.
Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia.
Tarikh tutup peyertaan: 20 Mac 2026 (Jumaat).
Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan.
Ayuh, semarakkan seni pantun dan warisan bahasa kita!

