Kancil Science Competition (KSC) ialah pertandingan sains peringkat kebangsaan terbesar di Malaysia.2025
dah dapat pengiktirafan antarabangsa alhamdulillah.
Ringkasnya, ia bertujuan uji pemahaman sains + kemahiran berfikir, bukan hafal semata-mata.
Apa yang diuji?
Soalan biasanya:
• Konsep asas sains (hidup, fizikal, bahan, bumi & angkasa)
• KBAT / logik – kena faham situasi, buat inferens
• Analisis gambar, eksperimen ringkas, carta & graf
• Kurang soalan hafalan fakta
Format pertandingan
• Soalan objektif (MCQ)
• Tahap kesukaran meningkat ikut tahun
• Ada peringkat & pencapaian (contoh: Gold, Silver, Bronze / Distinction)
Siapa boleh sertai?
• Murid sekolah kerajaan, swasta, homeschool
• Biasanya daftar melalui:
• Sekolah, atau
• Pendaftaran individu (online)
Kenapa ramai ibu bapa hantar anak?
• Latih cara berfikir saintifik
• Bina keyakinan jawab soalan aras tinggi
• Sesuai untuk anak yang minat sains atau nak biasakan diri dengan pertandingan akademik
Kancil Science Competition boleh dapat markah PAJSK, selagi ia diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebab pertandingan ini pun disokong oleh KPM. 
Bukti rasmi:
Dalam dokumen pertandingan tahun sebelum ini, ada Surat Pengiktirafan PAJSK untuk Kancil Science Competition — ini bermaksud sekolah boleh hantar keputusan pertandingan ini ke pihak sekolah/JPN untuk dapatkan markah PAJSK. 
Banyak sekolah memang memberi markah PAJSK untuk pelajar yang sertai Kancil (contohnya pelajar dapat 10 markah PAJSK bagi aktiviti akademik seperti pertandingan).
Walaupun setiap sekolah/daerah mungkin ada cara pengiraan sendiri, secara amnya peserta Kancil boleh dapat kredit PAJSK kerana pertandingan itu diiktiraf KPM.
Untuk Kancil Science Competition, kategori umur dibahagikan ikut tahun persekolahan, senang cerita ikut tahap murid
Kategori Umur / Tahun
ALPHA
Public: Year 1, 2, & 3
International: Year 1, 2, & 3
BETA
Public: Year 4, 5, & 6
International: Year 4, 5, & 6
GAMMA
Public: Form 1,2,& 3
International: Year 7, 8, & 9
DELTA
Public: Form 4, 5, 6 &
Pre-University
International: Year 10, 11, & 12
Setiap tahun ada set soalan berbeza, jadi:
• Anak Tahun 1 tak akan lawan soalan Tahun 6
• Tahap kesukaran naik ikut umur
Format ikut kategori
• Tahun 1–3
➜ Soalan lebih visual, ayat ringkas, fokus faham konsep asas
• Tahun 4–6
➜ Lebih KBAT, analisis situasi, eksperimen & inferens
Siapa boleh sertai?
• Sekolah kebangsaan
• Sekolah swasta
• Homeschool pun boleh (daftar individu)
Early-bird Registration: 24 November 2025 – 28 January 2026
Normal Registration: 29 January – 17 April 2026
Kancil Science Competition Day: 18 June 2026
Result Announcement: August 2026
Register di sini
Learning centre
PERTANDINGAN MEREKA BENTUK POSTER DIGITAL CANVA TVPSS Pertandingan Peringkat JPWPP OBJEKTIF PERTANDINGAN: Mencungkil bakat murid…
Orang ramai masih berpeluang menyertai pertandingan ini bagi kedua-dua kategori berikut: Kategori 1: Reka Cipta…
Sertai Pertandingan Video Hari Keselamatan Internet 2026 dengan tema Penggunaan Internet Selamat. Tarikh akhir penghantaran…
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuka peluang kepada Warganegara Malaysia berumur 𝟭𝟮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 ke atas…
SEMPENA KARNIVAL KL MADANI @ BANDAR TUN RAZAK HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2026 JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN…
Majlis Bandaraya Seberang Perai akan menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Sempena Kepala Batas Festival yang akan…