Categories: Terkini

Kuiz Kahoot! Kepenggunaan Siri I/2025 !!!

Hi semua…Kuiz Kahoot! Kepenggunaan kini kembali!!! Ayuh sertai kahoot! kepenggunaan siri I/2025 !!!

Menangi hadiah menarik yang ditawarkan bagi peserta yang bertuah dengan jawapan yang paling tepat, pantas dan betul. Klik pautan yang diberikan berikut pada 23 April 2025 (Rabu), jam 11.00 pagi untuk pendaftaran ke kuiz Kahoot! yang disediakan.(Rujuk terma dan syarat penyertaan).

Terma dan syarat-syarat penyertaan:
1. Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
2. Peserta wajib berdaftar sebagai ahli Hero Pengguna, like dan follow Facebook Hero Pengguna dan menyertai Group Telegram Hero Pengguna untuk dinilai sebagai pemenang. Berikut disertakan pautan :
i. https://pengguna.my/portal/ahli-register… – Portal Skuad Kita Pengguna
ii. https://www.facebook.com/Skuadkitapengguna – Facebook Skuad Kita Pengguna
iii. https://t.me/rakankpdnhep – Telegram Skuad Kita Pengguna
3. Peserta perlu memasukkan nama, maklumat dan nombor telefon yang betul untuk semakan dan kegunaan pihak penganjur.
4. Peserta perlu menggunakan emel yang berdaftar di dalam sistem portal SKiP semasa sesi menjawab soalan tersebut.
5. Peserta perlu menyelesaikan soalan yang diberikan dengan tepat dan pantas untuk mendapatkan markah tertinggi.
6. Pendaftaran pertandingan akan bermula pada jam 11.00 pagi hingga jam 11.30 pagi.
7. Pertandingan akan bermula tepat jam 12.00 tengah hari, pada 23 April 2025 (Rabu) sehingga selesai. Siaran secara langsung akan dibuat melalui Laman Facebook Skuad Kita Pengguna.
8. Peserta hendaklah menjawab soalan menggunakan paparan di Gadget/Peranti mudah alih kerana paparan di FB Live mungkin akan mengalami kelewatan (tertunda) selama beberapa saat.
9. Peserta dibenarkan untuk menghantar hanya satu (1) penyertaan sahaja bagi kuiz kahoot!!! yang dianjurkan.
10. Kedudukan pemenang hanya akan dinilai setelah tamat waktu permainan.
11. Pemenang yang berjaya akan dihubungi oleh urusetia melalui emel dan nombor telefon yang berdaftar di dalam sistem portal SKiP.
12. Selepas pendaftaran dimintak untuk kekal dalam permainan sementara menunggu permainan dimulakan untuk mengelak pemain terkeluar dari permainan.
13. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

Semua dijemput untuk menyertai kuiz tersebut … Selamat mencuba!!!

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago