Categories: Terkini

Pertandingan Komik Jawi Digital Tahun 2024

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Festival Seni Kreatif dan TVET Malaysia menganjurkan Pertandingan Komik Jawi Digital Tahun 2024.

Pertandingan ini dilaksanakan pada 6 September 2024 hingga 6 Oktober 2024.

Syarat Pertandingan Komik Jawi Digital

(i) Terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.

(ii) Peserta bebas menggunakan aplikasi atau perisian bagi menghasilkan komik digital dan tidak terhad hanya pada satu-satu aplikasi dan perisian.

(iii) Komik digital bermaksud karya komik yang dihasilkan menggunakan aplikasi atau perisian tertentu dan boleh dimuat turun melalui aplikasi, laman sesawang mahupun media sosial.

(iv) Saiz maksimum komik ialah 1350 x 1080 piksel dengan resolusi minimum 300 dpi.

(v) Format komik ialah mengandungi empat hingga enam panel pada satu halaman yang mempunyai 4 halaman maksimum. (Peserta boleh melaraskan saiz mengikut keperluan panel yang hendak dihasilkan).

(i) Karya yang dihasilkan mestilah mematuhi prinsip Rukun Negara dan tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian Malaysia.

(ii) Karya peserta adalah ASLI dan tidak pernah disiarkan di mana-mana aplikasi, laman sesawang mahupun media sosial syarikat penerbitan mahupun media sosial peribadi.  

(iii) Karya perlulah dihasilkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh penganjur.

(iv) Karya komik digital bertemakan “Bahasa Jiwa Bangsa”.

(v) Komik digital ini perlu diserahkan melalui pautan yang diberikan selewat-lewatnya pada 6 Oktober 2024.

(xi) Penyertaan dalam pertandingan ini bermaksud peserta secara sukarela memberi izin dan kebenaran kepada penganjur untuk menyiar, mempamer dan menerbit karya bagi maksud promosi dan/atau penerbitan kompilasi pada masa hadapan tanpa apa-apa royalti. Namun demikian hak cipta karya kekal milik peserta dan akan diberi kredit nama jika diterbitkan.

(xii) Keputusan juri adalah muktamad.

C. Hadiah Pertandingan

Johan: RM2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja)

Kedua: RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja)

Ketiga: RM700.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Sahaja)

Sagu Hati x 10 orang: RM500.00 x 10 orang = RM 5,000 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja)

D. Maklumat Penghantaran Karya

i) Setiap karya yang dihasilkan mestilah disertakan nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel pemilik karya.

ii) Karya hendaklah dihantar kepadaUrus Setia Pertandingan Komik Jawi Digital melalui puatan:

https://forms.gle/P3izEUrqKTKuLcrLA

Urus Setia

Puan Rabi’ahtuladawyah binti Md Saleh

Kami mengalu-alukan anda yang berbakat dalam seni kreatif komik menyertai pertandingan ini.

Sila imbas Kod QR untuk maklumat lanjut.

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago