Sempena Aidilfitri, IKRAM menganjurkan Pertandingan Foto Momen Syawal Terindah dengan tema ‘Tautkan Jiwa Bersama’.
SYARAT & CARA PENYERTAAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali kakitangan Ibu Pejabat IKRAM.
2. Peserta perlu merakam dan memuat naik satu (1) sahaja foto menarik tentang momen Syawal terindah bagi dirinya, berserta perkongsian mengenai foto tersebut tidak melebihi 100 perkataan.
3. Foto tersebut hendaklah dimuat naik ke akaun Facebook, Instagram atau TikTok peserta antara tarikh Hari Raya Aidilfitri hingga 18 April 2024.
4. Foto tidak boleh diedit kecuali untuk elemen asas, iaitu ‘brightness’ dan ‘contrast’.
4. Akaun Facebook, Instagram atau TikTok peserta mesti diset sebagai ‘Public’.
5. Di hujung perkongsian foto tersebut disyaratkan meletakkan tanda pagar (hashtag) berikut:
#BangunkanJiwamu
#TautkanJiwaBersama
#MalaysiaNegaraRahmah
6. Peserta perlu ‘tag’ tiga rakannya di ruangan komen poster pertandingan ini.
7. Peserta perlu mendaftar pertandingan melalui pautan borang dan memberikan pautan hantaran fotonya di akaun Facebook, Instagram atau TikTok.
8. Tarikh tutup penyertaan pada Khamis, 18 April 2024 jam 11.59 malam (waktu Malaysia).
9. Senarai pemenang akan diumumkan pada Jumaat, 26 April 2024.
10. Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria mesej dan persembahan. Keputusan penganjur adalah muktamad.
HADIAH PERTANDINGAN
Pemenang Pertama: RM1,000
Pemenang Kedua: RM500
Pememang Ketiga: RM300
Pemenang Sagu hati: E-Wallet RM50 x 20 orang
Sertai sekarang!
PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…
Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…
Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…
Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…
Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…
Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…