Categories: Terkini

Pertandingan Mewarna Econinja

Hari Tindakan Untuk Sungai Sedunia akan berlangsung pada 13 Mac 2024 yang akan datang. Sehubungan itu, pihak Econinja berhasrat ingin mewarnai lagi hari ini dengan Pertandingan Mewarna Econinja. Berikut adalah Poster Warna tersebut dan penyertaan adalah terbuka kepada semua.

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut :
1. Kategori Peserta: Terbuka kepada pelajar daripada pelbagai peringkat prasekolah hingga sekolah menengah

2. Teknik Mewarna: Peserta bebas menggunakan pelbagai teknik mewarna seperti cat air, pensel, pastel, atau krayon. Peserta digalakkan menggunakan bahan mewarna yang mesra alam dan mudah diperoleh.

3. Saiz dan Format Lukisan: Lukisan hendaklah dalam saiz minimum A4 dan boleh dalam format potret atau lanskap.

DOWNLOAD :

4. Kreativiti dan Inovasi: Peserta digalakkan untuk mencipta konsep yang unik dan inovatif dalam hasil mereka.

5. Penghargaan: 10 lukisan terbaik dan terpilih akan dipamerkan di Facebook Page ini untuk sambutan Hari Tindakan Untuk Sungai 2024 dan mendapat pengiktirafan khas daripada Econinja. (Untuk Individidu + Organisasi). Sijil Penyertaan Individu & Sijil Penghargaan kepada Keluarga/ Sekolah/ Kelab (bagi penyertaan > 5) disediakan bagi tanda penghargaan penyertaan.

6. Penggunaan Hashtag: Peserta dikehendaki menggunakan hashtag yang ditetapkan oleh penganjur semasa berkongsi lukisan mereka di media sosial. Hashtag tersebut adalah #econinja#mewarnaharitindakansungaisedunia2024 dan bagi mempercepatkan penilaian, kami memohon untuk setiap post mengunakan mentioned Econinja (@econinjamy).

7. Penyerahan Masa: Lukisan hendaklah dimuatnaik ke media sosial masing-masing sebelum tarikh tutup iaitu 12hb Mac 2024 jam 1200 tengah malam.

8. Penilaian Juri : Keputusan juri adalah muktamad

Terima kasih!

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago